Bila Memandang Bintang DiLangit, Usah Dilupa Rumput di Bumi

Salam Pictures, Images and Photos
RSS

BETUL KE!! MACAM TAK PECAYA..APA DIA?JOM BACA..




Baru baru ni ana ada la membelek surat kabo..sepintas lalu membaca maka rasa berminat

membaca berita kejadian yang berlaku kepada  seorang gadis di Jertih, Terengganu yang ghaib secara tiba-tiba, baru-baru ini memang ada kaitan dengan jin….


Jin mengganggu manusia dalam beberapa keadaan, antaranya berterusan jin dalam tubuh seseorang.
Jangan kita sangka tak ada makhluk lain yang menghuni alam nie..ha..! sebenarnya ada..antaranya jin n syaitan la..Cuma nak nampak real xde la..coz Allah suda menciptakan kedua  duanya di alam ghaib….hemm..x gitu kaa..


Kalau nak tahu…sebenarnya..Jin  ni kan..tinggal di merata tempat, 'terpisah' dengan manusia melalui dimensinya yang berbeza. Tetapi, makhluk itu tetap mengganggu manusia…

haa.. ! mesti dah penah dengar pasal rasuk, histeria, gila, rumah tangga berantakan akibat disihir semuanya berpunca daripada jin.. hemm..apa yang ana tahu..penyakit misteri seperti terkena santau dan kanser ada kaitannya dengan makhluk tu la..

selalunya..bedasarkan apa yang ana lihat la..kesan terhadap penyakit misteri contohnya tidak dapat diubati dengan kaedah rawatan moden…

sudah tentulah n semestinya  Islam melarang kita berkawan atau berdamping dengan jin kerana makhluk itu mahu menyesatkan manusia.

 Manusia dilarang meminta bantuan jin kerana Allah menjadikan kita sebaik-baik kejadian…

kawan la sesame manusia..banyak dah ke kawan kawan manusia..kalu ye pun boring x yah la cari kawan kawan Jin..ramai lagi manusia yang memerlukan kawan…hemmm…

Allah berfirman yang bermaksud:

"Terdapat beberapa orang lelaki dari kalangan manusia meminta pertolongan daripada jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesesatan." (Surah al-Jin ayat 6).


Beringat ingatlah kita kalu rasa diri tengah dok emosianal..sebab time tu la..jin syok menguasai kita sebenarnya..banyak2 lah istiqfar yer...

Jadi…jangan la marah…. cuba tenangkan diri dengan duduk diam dan mengambil wuduk atau berzikir…kan bagus..

nak tahu kenapa Jin mengganggu??..sebab..perasaan benci dan mahu membalas dendam terhadap manusia.macam tu la kalu emosi tengah tak stabil..

Apabila masuk ke tubuh manusia, jin menuju ke otak. Dari otak, jin mempengaruhi bahagian tertentu sehingga menyebabkan manusia hilang pertimbangan.

jadii…Untuk melindungi diri dan keluarga daripada gangguan jin,
……….. banyak membaca 'Bismillah' apabila memulakan kerja.

………..Jangan membunuh ular yang masuk ke rumah melainkan memohon kepada Allah agar ia keluar.
Korang penah dengar x saka... Saka ialah jin yang berada dalam tubuh manusia sejak sekian lama sama ada manusia tahu atau sebaliknya.

Dalam masyarakat Melayu, ia dikenali hantu pelesit, pontianak, polong dan hantu raya. Semuanya keturunan jin dan syaitan.

Pengamal Perubatan Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie berkata, kejadian yang mengejutkan banyak pihak di Jertih, baru-baru ini berpunca daripada gangguan jin 'kelas pertama'.

"Saya sudah berbicara dengan mangsa dan dia mengatakan ada makhluk besar yang berbulu semacam gorila membawanya. Jin jenis ini mempunyai sayap dan terbang di udara.

"Itulah sebabnya apabila ditemui, mangsa berada di tempat tinggi seperti di atas pokok atau siling rumah," ustaz tu bagitau la…wallah'a'lam..

hemm..ustaz tu ada juga berutahu,,,sebenarnya kan…, terdapat tiga jenis jin iaitu yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, berupa ular, kala jengking, anjing dan jenis yang berpindah-randah.

"Terdapat beberapa punca menyebabkan jin menguasai manusia,
……time kecemasan seperti kemalangan, terlalu marah, dorongan nafsu seks yang kuat dan jin masuk jika mereka inginkan sesuatu," 

 jin cukup tidak suka manusia yang suka mencabar mereka atau celupar.
jadi jaga la mulut selalu yer..kerna pulut santan binasa..kerana mulut badan binasa...

sikap Jin ni  kuat berdendam…  jaga lah tingkah laku walau di mana saja kerana manusia tidak dapat melihat dan mengetahui aktiviti jin…

….."Contohnya jika menyiram air panas dari tempat yang tinggi pastikan kita menyebut nama Allah.

……"Jangan bertindak melampau apabila melawat ke kawasan yang asing kerana kita tidak dapat melihat jin.

….."Rumah kosong, hutan belantara,… angkasa raya …dan lautan adalah tempat kediaman jin kerana tiada kedengaran azan kat situ..

……satu lagi… nak  tinggal rumah lama, pastikan …membaca ayat kursi sebanyak 21 kali pada tiang seri rumah,"

…..jin berkeliaran pada waktu maghrib ibarat manusia yang berpusu-pusu menjalankan aktiviti seharian.

"Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara rahmat pemberian-Nya Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti) supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki daripada limpah kurnia. Dan juga supaya kamu bersyukur." (Surah al-Qasas ayat 73).


musim cuti ramai yang pergi berkelah.."Apabila berkelah, jangan mengambil sesuatu atau batu kerana ia mungkin milik jin.

…."Amalkan ayat daripada surah al-Israak: 82 yang bermaksud: "Dan Kami turunkan di antara al-Quran suatu yang menyembuhkan (penyakit hati) dan rahmat untuk orang-orang yang beriman tetapi yang demikian tidak menambah bagi orang-orang yang zalim melainkan kerugian."
 

saka..yang macam dalam tv 3 tu ke.. saka apa menda yer… macam nie…sebenarnya…dulu..adala  perjanjian di antara nenek moyang kita untuk mendapat kekuatan… kehebatan….perlindungan tertentu…kecantikan yang menawan dengan syarat dalam tempoh tertentu (tujuh keturunan).

"Ciri-ciri orang yang memiliki saka dapat dikesan melalui kebolehan mereka mengubat orang dengan cara menurun,
mampu berubat tetapi menggunakan jampi berunsur syirik yang bertentangan dengan syariat,

terdapat kesan cakaran pada tubuh, mimpi jatuh dari tempat tinggi atau dikejar binatang.

"Mereka akan mengalami beberapa gejala antaranya sakit sendi, apabila berkahwin sukar mendapat anak, mudah nyanyuk dan mengantuk apabila menghadiri majlis ilmu.

"Cara membuang saka dengan mengamalkan bacaan ayat al-Quran antaranya dari Surah As-Shaffat ayat 6 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menghiasi langit yang hampir ke dunia dengan perhiasan bintang-bintang,"



   ana sendiri pun tak terkecuali melihat dan mendapat pengalaman dekat depan mata sendiri..sampai hampir diterkam oleh jin yang kepanasan..lepas ana baca yassin..memang ana sendiri seram..tapi terpaksa jadi bidan terjun sebab berlaku pada jiran sendiri..sementara menunggu ustaz yang lebih pakar datang ke lokasi kejadian ana amik Aq baca..menjerit jerit budak yang kena rasuk tu..tapi ana sedikit pelik dan terkejut beruk bila tiba tiba ada sorang orang pangkat nenek dia kot..ambik air longkang n curah kat budak yang kena rasuk tu..x cukup dengan tu...siap dapat hadiah pukulan penyapu lidi bertalu talu...ana rasa cara tu x betul la..walau nenek tu kata nak buang syaitan dalam badan..tapi tak sepatutnya..yela...kalu pikir logik la..air longkang tu kan jijik..kotor..busuk..sian pulak aku tengok budak tu..soheh bila sedar..sakit la satu badan..hemm..Alhamdulillah..sampai ja ustaz..dapat la buang jin yang dok tumpang dalam badan budak tu..lebih kurang 6 ekor rasanya..tu la sedikit sebanyak pengalaman ana tengok keadaan masyarakat......


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

chat