Bila Memandang Bintang DiLangit, Usah Dilupa Rumput di Bumi

Salam Pictures, Images and Photos
RSS

SEtaLam NAsi Berulam SAyang..



Segala puji yang selayaknya hanya bagi Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W, ahli keluarga dan sahabat baginda sekaliannya yang berjuang menegakkan ISLAM dimuka bumi ini sehingga kita sendiri sebagai ahli gerakan islam dapat merasai nikmat yang besar: iman dan islam ini. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. atas nikmat dan rahmat yang dikurniakan kepada kita. Setelah kita melalui bulan Rejab, bulan tarbiyah tauhid, kita sudah pun menempoh bulan tarbiyah ibadah, bulan sya’aban dan sekarang meniti kita pula Ramadhan, bulan mendidik jiwa, mentarbiyah diri menjadi hambaNYA yang takut dan taqwa kepada Allah SWT. Selamat menempuh RAMADHAN AL-MUBARAK, bulan yang mulia ini dengan penuh penghayatan dan keazaman.

” Andai setiap hamba mengetahui apa yang tersembunyi di sebalik keberkatan Ramadhan, maka setiapnya akan berharap setahun itu adalah bulan Ramadhan..
Pabila menyebut mengenai keberkatan teringat penulis semasa menikmati Juadah berbuka puasa semalam “habiskan nasi last tu..nanti dapat suami soleh” tersenyum kecil di dalam hati sebenarnya,nasi yang tinggal sedikit lagi cepat-cepat dihabiskan, untung-untung dapat suami soleh. Walau satu gurauan sebenarnya itulah gelagat kami ramai-ramai menikmati nasi di dalam talam. Sebenarnya menikmati nasi dalam talam adalah satu pengalaman baru bagi diri ini, namun nikmat ukhwah amat terasa pabila rezeki kurniaan ilahi dikongsi bersama. Selalunya semasa makanan diagihkan akan kedengaranla pengumuman agar mencukupkan bilangan ahli antara 4 hingga 5 orang,namun pernah kedapatan setalam 2 orang,mula-mula rasa sangat lapor dan rasa tidak cukup sehingga menimbulkan rasa tamak yang terjadi akhirnya barulah bermurah hati menyumbangkan pada si Tong Sampah, mahal sungguh nilai bekongsi andai dihayati, Alangkah indah andai hati kuman sama dicecah, hati gajah sapa dilapah.


ENAKNYA MAKANAN DI MASJID BERSULAM RASA SYUKUR


Apakah makanan di masjid tidak selazat atau sesedap rasa dengan hidangan dihotel yang buffet berbuka puasanya pun ada yang melebihi RM 100.00 !! Dengan wang sebanyak itu boleh mengisi makanan untuk sekurang-kurangnya 10 orang anak yatim dirumah anak yatim atau orang tua di rumah kebajikan masyarakat dengan anggaran seorang berbelanja sebanyak RM 10.00 Sampai terasa lari dengan konsep ibadah berpuasa yang antara matlamatnya ialah menghayati penderitaan insan yang fakir dan miskin! Juga menghayati penderitaan umat Islam di Palestin dan di Iraq dan yang terbaru di Kashmir! Kerana dengan adanya penghayatan ini, barulah terasa hebatnya ibadah berpuasa. Kearah melahirkan keinsafan dan kesyukuran pada Illahi akan nikmat yang dikurniakanNya kepada hambaNya di muka bumi ini! Juga kearah rasa kehambaan pada Illahi. Sebab itu digalakkan berbuka puasa di masjid. Yang makanan utamanya ialah memakan buah kurma dan seteguk air kosong.Mengikut sunnah nabi.Dan bagi yang mampu sekadar menambah kuih muih dan sedikit air manisan sebagai penyedap makanan. Dan selepas berbuka puasa barulah digalakkan sembahyang berjemaah solat maghrib.


INDAHNYA ADAB CERMINAN DIRI.


“Astafirullah…tequqla, seganla!nanti malu pulak dia” itulah kata-kata penulis pada seorang sahabat apabila tiba-tiba mata terkeling sesusuk tubuh seorang gadis yang memakai baju agak sendat dan pendek, akhirnya kami menikmati makanan berbuka dengan tidak khusyuknya kerana kebetulan takut-takut menjadi ganggual seksual pada muslimin yang berada dekat sangat dengan gadis tu..baju yang menampakkan punggungnya, malu juga kami sebagai wanita,tapi entah mengapa saat itu tak ada kekuatan langsung untuk menegur akhirnya gadis itu habis menikmati juadah berbuka, semoga selepas ini dia diberikan hidayah.Ya Allah! Apa yang harus aku lakukan untuk menegurnya..aku harus pikir strategi yang tak menjatuhkan maruahnya. Semoga Dakwahku mampu ku pertingkatkan, Ya Muhaimin beri aku kekuatan! Bantulah hambaMu.Amin.



Dalam kesibukan makan setalam nasi yang dikongsi berjemaah, sempat lagi aku perhati telatah kanak-kanak comel yang turut berbuka puasa di Masjid, hati tertanya-tanya siapa gerangan ibu bapanya, sangat comel dan nampak soleh solehah, rupa-rupanya kanak-kanak comel itu anak-anak kepada pasangan suami dan dua orang isterinya, Subhanallah! Sangat bahagia,Nampak mesej keluarga sakinah yang ditonjolkan,tidak syak lagi berbuka di masjid mendorong perasaan saying antara pasangan dan anak-anak,andai semenjak kecil sudah dilatih berbuka puasa di masjid, insyaAllah merekalah suatu hari nanti mujahid-mujahid pemegang panji-panji islam, apa yang nak disampaikan makan dalam talam bersama isteri-isteri dan anak-anak juga sebenarnya berbuahkan sayang disamping mewujudkan rasa syukur dalam diri merasa cukup dengan apa yang ada.

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, mudah-mudahan Ramadhan tahun ini akan memberikan 1001 rahmat kepada kita semua. Juga, Selamat Datang Wahai Bulan yang kami nanti-nantikan. Kami akan menyambut dan mendakapmu dengan penuh keikhlasan dan api kerinduan. Wahai Tuhan, hantarlah tentera-tentera Malaikat yang pernah membantu di Badr al-Kubra di bulan mulia ini supaya dengan itu dapatlah kami memenangkan agamamu meskipun jiwa kami bakal terkorban sekalipun. Allahumma ameen, Ya Rabbal-’Alamin…
Memetik kata-kata SMS seorang sahabat:



Jika HARTA ibarat RACUN, maka ZAKATlah PENAWARnya, jika UMUR membuahkan DOSA , maka TAQWA dan TAUBATlah UBATnya, jika seluruh bulan itu penuh dengan NODA, maka RAMADHANlah PEMUTIHnya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ku MilikMu..





In The Name oF ALLaH




Memang aKu sudaH dimiliki. Aku milik ALLaH SWT seLamaNya (“,).. daRi daLam peruT IbU, saMpai saaT ini daN hinGGa huJunG nyaWa, samPai aKu diPerhitungKan .. Aku MiLiK ALLaH seLamaNya.


JiKa kita ingiNkan seseoraNg.. MaKa minTaLah ‘iziN’ kepaDa ALLaH untuK memiLikinya. keraNa ‘jiwa’ daN ‘JasaD’ manusia miLik ALLaH seLamanya. JanGan ‘BerCinTa’ tanpa izin-Nya. JanGan ‘berSaTu’ tanPa resTu-Nya. BerDoaLah kepaDa ALLaH daN berseRaH kepaDa-Nya. JanGan terLalU mengHaraP kepada Manusia. JanGan juga menaBur JanJi-JanJi di ‘BeLakaNg’ ALLaH, seBaliKnya ‘IkaTLah’ JanJi di ‘HadaPan’ ALLaH.



miLiKiLaH hatiKu denGan iZin ALLaH..

miLiKilaH CinTaku keraNa CinTa-Nya..

miLiKiLaH diriKu keraNa AgaMa-Nya

miLiKiLaH jiWaKu keraNa-Nya (“,)



PerCaYaKu paDa JanJi ALLaH ..

YanG baIk aKan ‘meMiLiki’ YanG baIk Juga..

YanG soleHaH akan menJadi ‘kePunyaan’ yang soleH juGa..

jiKa kiTa ingiN memiLikI yang baiK-BaiK, maKa kiTa perBaiKiLah diri*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sepotong roti kering




“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya… Jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan ke dalam neraka Hamiah.”

jauhi...

makan banyak
bermegah-megah dengan rumah yang besar
membaca al-quran tanpa memahami & mengamalkannya


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

chat