Bila Memandang Bintang DiLangit, Usah Dilupa Rumput di Bumi

RSS

FREE MUSIC CODE

FREE MUSIC CODE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BaiTi JaNNati..Anak Anak CerMinaN DIri...




 

anak anak adalah permata ayahbonda ....didiklah mereka..ajaran agama..kelak bila dewasa..jadi insan berguna..

kata orang..kita tak dapat rasa bagaimana susahnya nak mendidik seorang anak jika kita sendiri belum menjadi seorang mama atau ayah..tapi bagiku semua tu bukan masalah..dan tiada salahnya aku yang masih solo ni untuk membicarakan hal nie..sebab aku sendiri masih ada anak-anak saudara, kadang kadang adik-adik sahabatku..aku selalu jerk perhati keletah dan kerenah mereka..macam macam ragam...insyaAllah suatu hari nanti bakal zuriat ku jua akal hadir dan semoga menjadi generasi soleh solehah...amin...

 sepeninggalan ayahanda tercinta masih segar diingatanku kata katanya…. Anak ayah adalah cerminan diri ayah dan mak…….. alhamdulillah...aku bersyukur dapat jadi anak mak dan ayah..walau mereka tak ajar aku hidup dalam kemewahan aku selesa dengan motivasi yang selalu mak ayah berikan..walau aku sekadar sempat bersama mereka selama 21 tahun lebih..aku hargai saat yang Allah anugerahkan tu..sungguh..pengorbanan mereka tetap kekal dalam sanubari..tetap aku ingati dunia akhirat..pernah suatu hari..rasa rasa baru darjah 3..ayah bawak aku keluar jalan-jalan..seronoknya..ayah just beritahu nak bawak aku ke suatu tempat..aku hanya membontot ayah..tiba2 ayah berhenti kat sebuah rumah yang baru kelmarin terbakar..ayah sengaja biarkan aku meninjau ninjau lokasi..ayah ceta kat aku rumah tu terbakar sebab Allah izinkan dia terbakar..tapi sebabnya litar pintas..anak anak tuan rumah tersebut selalu buat pembaziran elektrik,tak tutup suis..kalau adik nak rumah kita terbakar macam ni adik pun kena membazir elektrikla ye kan...sejak tu aku betekad..aku nak jadi orang berhemat..jimat tenaga elektrik..alhamdulillah..hasil psykologi yang ayah gunakan...ayah memang penyabar orangnya..susah nak tengok ayah marah..dan mungkin sifat tu sedikit sebanyak turun pada diriku..mungkin aku seorang yang tak pandai nak marah orang..herm..x tau la bagaimana orang pikir tentang diriku..wallahu'a'lam...

apa yang aku perhatikan....anak anak saudaraku umur dalam lingkungan umur 2-7 tahun agak lasak.. tapi kecik kecik dulu aku rasa aku pun lasak gak sebab nenek ceta aku pernah jatuh dari tingkap rumah kampung 2 tingkat..bawah batu atas papan...mujurlah x terjadi apa2 kat aku..alhamdulillah..Allah masih nak aku teruskan hidup...nak dijadikan cerita anak ank saudaraku ni memang suka mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. ( jenuh maksunya...)

tapi berdasarkan pembacaanku..baru aku tahu..kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara orang yang memanggil mereka.. Sebaliknya perhatian  hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. dunia khayalan..ha...ha..ha..
budak budak nie sebenarnya .. baru jerk belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak...Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi.  kasihan....aku dulu rasa rasa macam tu juga ke ekk..

sebenarnya apa yang budak budak kecik nak ehh...emm..jom baca sebentar...

macam kita jugala... Kanak-kanak pun perlu  belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. kalau ayah pun jarang nak jumpa anak, mestilah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan dulu apa yang kita sedang lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
andaikata sekiranya anak perlukan sesuatu dan  tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan... Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya kita sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan kita sekiranya pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula..





Sentiasalah ingatkan diri  dengan sifat positif anak... Keletah dan karenah anak yang menghiburkan...Tumpukan perhatian terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang yang diinginkan setiap kali berinteraksi dengan anak. Boleh juga berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan  kepadanya. Misalnya ‘mama sayang kakak, mama mahu kakak jd anak yang solehah’. Sebutkan perkara spesifik yang mak ayah mahukan. Jangan hanya menyebut ‘mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif je....

 emm...juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga kita lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya.

Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

YA Allah..kurniakan aku pasangan yang soleh..zuriat yang soleh solehah...Allahumma perkenankanlah...

apa apapun..aku sedar..nak yang soleh haruslah perbaiki diri untuk jadi solehah..semoga aku tidak tersilap untuk memilih..biarpun persoalan jodoh sedang hangat diperkatakan tambahan lagi sudah masuk tahun tiga, aku masih lagi begini..harapanku sudilah kalian mendoakan agar dipertemukan jodoh yang soleh..andai bukan di dunia..biarlah di syurga..amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nasihat Maksu...




wahai Adik adik remaja.....

rAsa maCam nak Nyanyikan sebuah Lagu Untuk Adik2....

tapi suara x semerdu mana....

Adik2 nyannyilah sendiri n hayati bait2 lagu ni yer....

maksu suka juga la lagu nie...

berhibur tiada salahnya....

kerana hiburan itu indah...
tapi...

yang salah tu....

bila kita salah memilihnya....

tapi pastikan....utamakan membaca AlQuran dulu.....sebab...kalam Allah tu terkandung segala apa yang nak kita cari......
 
ada masalah...crila penyelesaian dalam Aq...

bila kita sedih....alquran penawarnya.....

bila kita penin kepala sekali sekali semak Aq..insyaAllah dapat lah jawapan yang kita cari....

jangan lupoo...

kalu tajwid yang masih tak betul..sama2 cari tok guru...kalu belajo Alquran sorang2...adik adik tahu tak..lebey kurang macam beguru ngan syaitan la...yer la..xder sapa nak teguq...

ala...maksu pun belajo jugok....

kita sama sama tak pandai...

jangan malu Nak BeLajo...

Belajo...selagi hidup nie...

nanti Mati Senang sikit Kita...

 nak menjawap Soalan2 malaikat...

herm.....

setakat ni la maksu berceloteh....

post ni diwujudkan agar kita sama2 bermuhasabah....

biar sapa pun kita...

jangan sesekali sombong...

semua tak kekal lama...

sayangilah Diri Sendiri..

kerana Allah pencipta Kita...

BEtapa Allah menyayangi kita...

dah Buat SiLap Masih Lagi Allah Bagi peluang Bertaubat....

okey.....Jaga Diri BAik Baik...Sayang MAksu KeraNa Allah...sebab kita saudara seFikRah.....


 Jom Nyanyi Sama2....

Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja


Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Lupakan saja asmara
Pada asmara...



Lupakan saja asmara
Pada asmara...

Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja

sekian....

makacih2...

sedap adik2 nyanyii....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

UlaNgKaJi SubJek Kaunseling Islam...

Assalamualaikum...

wahai kawan kawan...

hari nie..ana rasa bersemangat nak mengulangkaji subjek kaunseling islam..kali nie...ana nak mengajak kawan kawan semua membaca apa yang telah ana dah baca...sebenarnya..ana berminat sangat subjek nie..teringin sangat nak wat praktikal sekali...kalu just teori je macam x best...kalu sekali wat sesi kaunseling memang best! mantop...
.....

Jom kita baca sama sama..!!




Al-Ghazali memperkenalkan model kaunseling seperti berikut;
macam nie....



1.   Langkah 1: Pengenalan dengan beri salam, membaca al-Fatihah dan taqarub.


2.   Langkah 2: Bina hubungan dengan berdoa, berjanji dan bertawakkal, bincang konsep-konsep Islam (matlamat hidup, kewajipan, hukum perlakuan, halal haram, musibah, sabar dan syukur) serta sifat-sifat Allah dan sunnah rasul mengikut keperluan dan kesesuaian kes.


3.   Langkah 3: (meneroka diri dan masalah) Mengenal Diri dan Bina Matlamat Hidup dengan meneroka kriteria diri klien yang membawa kepada masalah berdasarkan pemerhatian, percakapan dan soalan andaian. Membimbing klien membuat muhasabah diri dalam melaksanakan syariat. Klien akan menyedari kelalaian dan kekurangan yang ada pada dirinya.


4.   Langkah 4: (mengenal pasti punca dan jenis masalah) Punca dan Jenis masalah, gabungkan langkah 2 dan 3 jadi asas meneroka punca dan jenis masalah.


Kaunselor dan klien mencapai kefahaman yang sama mengenai diri dan permasalahan klien. Rumuskan masalah dengan kefahaman Islam dan penghayatan/amalan syariat.


5.   langkah 5: (memberi ubat yang sesuai dengan penyakit) Punca dan Jenis Masalah dengan menjelaskan caraq membaiki diri dengan; mempelajari ilmu Islam, meningkatkan amalan, bertaubat, berzikir, berdoa, menjaga pergaulan, menjauhi maksiat, menjaga makan minum, menjaga pandangan, menjaga pertuturan dan menjaga diri daripada penyakit hati seperti; sombong, riyak, ujub, dak takabur.


6.   Langkah 6: Penilaian Kefahaman/Pelaksanaan dengan melihat perubahan klien melalui air muka, gerak geri dan pertuturan dari aspek peningkatan akidah, memahami diri sendiri, reda dengan musibah, keyakinan diri yang tinggi, melaksanakan tuntutan agama dan takwa dan tawakkal.
Sumber: Teori Kaunseling Al-Ghazali.



Bimbingan dan kaunseling Islam ialah proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka antara seorang kaunselor telatih dengan seorang klien. Semasa proses kaunseling dijalankan, teknik-teknik dan kaedah-kaedah teknikal dan profesional digunakan untuk menolong klien menyelesaikan masalahnya dan menghadapi masalah-masalah itu dengan kaedah-kaedah yang boleh membantu klien memahami dirinya, memahami minat dan kebolehan yang ada pada dirinya serta menggalakkannya untuk menerima takdir yang diberi oleh Allah SWT kepadanya. Kaedah ini melatih klien membuat keputusan-keputusan berpandukan berpandukan kepada syariat Allah sehingga ia menginginkan yang halal dan meninggalkan yang haram. Ia juga membawa diri klien kepada tujuan-tujuan realistik yang halal dan mampu serta berguna bagi dirinya serta orang lain sehingga ia mendapati aktualisasi dirinya dalam mengerjakan apa yang diredai oleh Allah SWT, sehingga dapat menikmati kebahgiaan nhidup di dunia dan akhirat.

Bimbingan dan kaunseling Islam, tidak bermakna kaunseling agama sahaja, tetapi merangkumi kaunseling agama dan keduniaan, sebab konsep ibadat dalam Islam mengandungi aktiviti-akviti manusia dalam segala aspek kehidupan. Menuntut ilmu sangat digalakkan, bekerja itu ibadat dan berkahwin itu wajib bagi yang berkemampuan. Memiliki harta benda yang banyak seperti kilang, rumah mewah dan perniagaan dibenarkan selagi ia diusahakan dengan cara yang halal. Bermain, berkelah, berpesta dan kunjung mengunjungi juga digalakkan selagi melepasi batas-batas syariat yang dibenarkan oleh Allah SWT.

Tujuan kaunseling Islam ialah untuk menolong, menyuluh dan menggalakkan manusia membuat keputusan dan membimbing kehidupannya bagi mengerjakan yang bermanfaat di akhirat dengan tidak melupakan bahagiannya di dunia sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qashash ayat 77 yang bermaksud;

"Carilah hari akhirat pada pemberian yang diberikan Allah padamu, jangan kamu melupakan bahagianmu di dunia. Berbuat baiklah, sebagaimana Allah berbuat baik bagimu dan jangan engkau mencari kerosakan di bumi, sebab Allah tidak suka orang yang berbuat kerosakan"





Alhamdulillah.....

kita dah sama sama habis membaca...seronok dan happy kan...

selamat mengulang kaji kawan kawan...insyaAllah Bi Taufik wan najah...

InsyaAllah...lain kali kita akan mengulang kaji subjek subjek lain pula yer...

ha!!...bg yang belum habis ass..habis2kan...ana pun ada lagi yang tak habis sebenaqnya...hermm...semoga bole membaiki diri agar tak lagi menangguh kerja last last minute....

Dah nak dekat exam....

semoga dapat menjawab dengan Tenang....

INsyaAllah....

Amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BETUL KE!! MACAM TAK PECAYA..APA DIA?JOM BACA..




Baru baru ni ana ada la membelek surat kabo..sepintas lalu membaca maka rasa berminat

membaca berita kejadian yang berlaku kepada  seorang gadis di Jertih, Terengganu yang ghaib secara tiba-tiba, baru-baru ini memang ada kaitan dengan jin….


Jin mengganggu manusia dalam beberapa keadaan, antaranya berterusan jin dalam tubuh seseorang.
Jangan kita sangka tak ada makhluk lain yang menghuni alam nie..ha..! sebenarnya ada..antaranya jin n syaitan la..Cuma nak nampak real xde la..coz Allah suda menciptakan kedua  duanya di alam ghaib….hemm..x gitu kaa..


Kalau nak tahu…sebenarnya..Jin  ni kan..tinggal di merata tempat, 'terpisah' dengan manusia melalui dimensinya yang berbeza. Tetapi, makhluk itu tetap mengganggu manusia…

haa.. ! mesti dah penah dengar pasal rasuk, histeria, gila, rumah tangga berantakan akibat disihir semuanya berpunca daripada jin.. hemm..apa yang ana tahu..penyakit misteri seperti terkena santau dan kanser ada kaitannya dengan makhluk tu la..

selalunya..bedasarkan apa yang ana lihat la..kesan terhadap penyakit misteri contohnya tidak dapat diubati dengan kaedah rawatan moden…

sudah tentulah n semestinya  Islam melarang kita berkawan atau berdamping dengan jin kerana makhluk itu mahu menyesatkan manusia.

 Manusia dilarang meminta bantuan jin kerana Allah menjadikan kita sebaik-baik kejadian…

kawan la sesame manusia..banyak dah ke kawan kawan manusia..kalu ye pun boring x yah la cari kawan kawan Jin..ramai lagi manusia yang memerlukan kawan…hemmm…

Allah berfirman yang bermaksud:

"Terdapat beberapa orang lelaki dari kalangan manusia meminta pertolongan daripada jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesesatan." (Surah al-Jin ayat 6).


Beringat ingatlah kita kalu rasa diri tengah dok emosianal..sebab time tu la..jin syok menguasai kita sebenarnya..banyak2 lah istiqfar yer...

Jadi…jangan la marah…. cuba tenangkan diri dengan duduk diam dan mengambil wuduk atau berzikir…kan bagus..

nak tahu kenapa Jin mengganggu??..sebab..perasaan benci dan mahu membalas dendam terhadap manusia.macam tu la kalu emosi tengah tak stabil..

Apabila masuk ke tubuh manusia, jin menuju ke otak. Dari otak, jin mempengaruhi bahagian tertentu sehingga menyebabkan manusia hilang pertimbangan.

jadii…Untuk melindungi diri dan keluarga daripada gangguan jin,
……….. banyak membaca 'Bismillah' apabila memulakan kerja.

………..Jangan membunuh ular yang masuk ke rumah melainkan memohon kepada Allah agar ia keluar.
Korang penah dengar x saka... Saka ialah jin yang berada dalam tubuh manusia sejak sekian lama sama ada manusia tahu atau sebaliknya.

Dalam masyarakat Melayu, ia dikenali hantu pelesit, pontianak, polong dan hantu raya. Semuanya keturunan jin dan syaitan.

Pengamal Perubatan Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie berkata, kejadian yang mengejutkan banyak pihak di Jertih, baru-baru ini berpunca daripada gangguan jin 'kelas pertama'.

"Saya sudah berbicara dengan mangsa dan dia mengatakan ada makhluk besar yang berbulu semacam gorila membawanya. Jin jenis ini mempunyai sayap dan terbang di udara.

"Itulah sebabnya apabila ditemui, mangsa berada di tempat tinggi seperti di atas pokok atau siling rumah," ustaz tu bagitau la…wallah'a'lam..

hemm..ustaz tu ada juga berutahu,,,sebenarnya kan…, terdapat tiga jenis jin iaitu yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, berupa ular, kala jengking, anjing dan jenis yang berpindah-randah.

"Terdapat beberapa punca menyebabkan jin menguasai manusia,
……time kecemasan seperti kemalangan, terlalu marah, dorongan nafsu seks yang kuat dan jin masuk jika mereka inginkan sesuatu," 

 jin cukup tidak suka manusia yang suka mencabar mereka atau celupar.
jadi jaga la mulut selalu yer..kerna pulut santan binasa..kerana mulut badan binasa...

sikap Jin ni  kuat berdendam…  jaga lah tingkah laku walau di mana saja kerana manusia tidak dapat melihat dan mengetahui aktiviti jin…

….."Contohnya jika menyiram air panas dari tempat yang tinggi pastikan kita menyebut nama Allah.

……"Jangan bertindak melampau apabila melawat ke kawasan yang asing kerana kita tidak dapat melihat jin.

….."Rumah kosong, hutan belantara,… angkasa raya …dan lautan adalah tempat kediaman jin kerana tiada kedengaran azan kat situ..

……satu lagi… nak  tinggal rumah lama, pastikan …membaca ayat kursi sebanyak 21 kali pada tiang seri rumah,"

…..jin berkeliaran pada waktu maghrib ibarat manusia yang berpusu-pusu menjalankan aktiviti seharian.

"Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara rahmat pemberian-Nya Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti) supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki daripada limpah kurnia. Dan juga supaya kamu bersyukur." (Surah al-Qasas ayat 73).


musim cuti ramai yang pergi berkelah.."Apabila berkelah, jangan mengambil sesuatu atau batu kerana ia mungkin milik jin.

…."Amalkan ayat daripada surah al-Israak: 82 yang bermaksud: "Dan Kami turunkan di antara al-Quran suatu yang menyembuhkan (penyakit hati) dan rahmat untuk orang-orang yang beriman tetapi yang demikian tidak menambah bagi orang-orang yang zalim melainkan kerugian."
 

saka..yang macam dalam tv 3 tu ke.. saka apa menda yer… macam nie…sebenarnya…dulu..adala  perjanjian di antara nenek moyang kita untuk mendapat kekuatan… kehebatan….perlindungan tertentu…kecantikan yang menawan dengan syarat dalam tempoh tertentu (tujuh keturunan).

"Ciri-ciri orang yang memiliki saka dapat dikesan melalui kebolehan mereka mengubat orang dengan cara menurun,
mampu berubat tetapi menggunakan jampi berunsur syirik yang bertentangan dengan syariat,

terdapat kesan cakaran pada tubuh, mimpi jatuh dari tempat tinggi atau dikejar binatang.

"Mereka akan mengalami beberapa gejala antaranya sakit sendi, apabila berkahwin sukar mendapat anak, mudah nyanyuk dan mengantuk apabila menghadiri majlis ilmu.

"Cara membuang saka dengan mengamalkan bacaan ayat al-Quran antaranya dari Surah As-Shaffat ayat 6 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menghiasi langit yang hampir ke dunia dengan perhiasan bintang-bintang,"



   ana sendiri pun tak terkecuali melihat dan mendapat pengalaman dekat depan mata sendiri..sampai hampir diterkam oleh jin yang kepanasan..lepas ana baca yassin..memang ana sendiri seram..tapi terpaksa jadi bidan terjun sebab berlaku pada jiran sendiri..sementara menunggu ustaz yang lebih pakar datang ke lokasi kejadian ana amik Aq baca..menjerit jerit budak yang kena rasuk tu..tapi ana sedikit pelik dan terkejut beruk bila tiba tiba ada sorang orang pangkat nenek dia kot..ambik air longkang n curah kat budak yang kena rasuk tu..x cukup dengan tu...siap dapat hadiah pukulan penyapu lidi bertalu talu...ana rasa cara tu x betul la..walau nenek tu kata nak buang syaitan dalam badan..tapi tak sepatutnya..yela...kalu pikir logik la..air longkang tu kan jijik..kotor..busuk..sian pulak aku tengok budak tu..soheh bila sedar..sakit la satu badan..hemm..Alhamdulillah..sampai ja ustaz..dapat la buang jin yang dok tumpang dalam badan budak tu..lebih kurang 6 ekor rasanya..tu la sedikit sebanyak pengalaman ana tengok keadaan masyarakat......


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WaRkaH DaRi TemAn



Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..
Wahai temanku arrijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu arrijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinya kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya

KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang arrijal!

Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku arrijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku arrijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,

Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..
Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di
depan mata,

Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yang terbaik..

Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membenci mungkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,

Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik.

Sama²lah teman,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah IA,

Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak.
ALLAHu 'alam.
Akhirul kalam

Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA,
Engkau akan gelisah andai DIA,
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai,
Doamu ditolak..

Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin,
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan,
Erti bercinta yang sebenar,
Insya ALLAH!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TiaDa LaGi TangisaN SeMalam ..DAmBaaN KereDhAan..

                              
Kasih Ibu Bapa

Mari-mari kita sejenak mengingat
Kasih ibu bapa yang tiada terkira
Walaupun dirinya letih dan penat
Namun di wajahnya tetap bergembira
Cubalah bayangkan kasih ibu bapa
Yang mengasuh kita petang dan pagi
Hanyalah dibayang banyaklah yang lupa
Setelah dewasa tak terkenang lagi
Wahai rang muda janganlah lupa
Taatlah kepada dua ibu bapa
Jangan-jangan-jangan andakan menjadi
Anak yang derhaka pada ibu bapa
Balasan di dunia dah banyak terjadi
Berbagai derita yang datang menimpa
Bila ibu bapa dah dibawa pergi
Menuju pusara meninggalkan kita
Baginya permata tak berguna lagi
Selain doa dari anak yang bertaqwa


…………..bait-bait nasyid kegemaran ana…………………

 Kenangan terindah….

Pemergian mak ana sudah hamper 7 bulan..namun ana rasa baru saja mengucup dahinya, masih rasa hangat kasih sayang mak ..tatkala ana teringat kan mak, ana dah tak mampu menangis sebab air mata dah kering sangat sangat sewaktu menjaga mak kat hospital,tak tertanggung rasa sedih mendengar rintihan dan laungan mak memberitahu ana..”Dekwa…mak sakit dekwa..hang jangan tinggai mak lama-lama na....satgi mak nak makan hang suap mak na..” “yala mak..tp dekwa nak p solad sat…boleh dak mak?” mak benarkan ana pergi ..ana cepat-cepat bergegas ke surau berdekatan wad jantung hospital selayang..tiba-tiba..adik..! mak you panggil ..I cuba nak angkat dia, tp dia asyik panggil nama you..mastura kan?..seorang nurse memanggil..waktu tu ana baru selesai solad subuh doa tidak sempat dibaca terus ana berkejar ke wad..

“ mak…! dekwa minta ampun,terlambat sikit..ha! sarapan dah sampai..herm..bubur ayam kegemaran mak..sedapnya…meh dekwa suapkan mak na…opss…ada bau sesuatu nie…ha..mak sakit perut yer..ok kita tukar pampers kejab na..”

selesai ana bersihkan mak rasa suatu kepuasan, ana bedakkan dan sikat rambut mak kemas-kemas..bubur ayam ana suap kat mak.. suapan demi suapan..Alhamdulillah..habis semangkuk..teringat kecik kecik dah darjah 4 masih nak suruh mak suapkan nasi hangat dengan ikan kembong goreng..biarla orang nak kata ana manja..tapi ana tahu ana tak mengada-ngada…herm…sekarang tiba giliran mak nak bermanja dengan anak bongsunya…

 “ok..pandainya mak makan..habis dah..mak makan ubat na..mak tak banyak berbicara hanya memandang wajah ana sahaja terpancar wajah mak penuh kesyahduan..ana tahu..layanan ana macam layan budak budak..namun ana perlu begitu sebab mak seolah olah mahu mengambil perhatian yang lebih dari ana..tak salah kiranya ana memanjakan mak..

ana tak dapat menyembunyikan perasaan sedih.laju saja air mata nak turun..tapi depan mak pandai ja ana berlakon berlagak tabah kononnya hati kuat semangat kental..namun sebenarnya ana berperang dengan perasaan..pelbagai ujian melanda ana disaat kedewasaan…mata mak semakin layu..ana taburkan bunga-bunga harapan agar mak kuat semangat..zikir-zikir masih basah dibibir  sehingga terlena dengan ketenangan..ana pandang wajah mak..akhirnya air mata lebat menuruni pipi..sudah tak dapat dibendung..tak bole tahan..kesempatan sewaktu mak tido ana gunakan untuk menangis..betapa lemahnya diri..air mata seorang wanita yang masih dahagakan kasih seorang ibu selepas baru sahaja kehilangan kasih seorang ayah..pergi ayah tak kembali lagi..pemergian ayah tak siapa duga tak siapa sangka…teringat ana……..





KUTERIMA SEGALANYA….


 waktu ana dalam perjalanan pulang ke Perlis ana tertido dalam bas..ana mimpi sesuatu tak baik akan berlaku..ana menangis..ish2..asyik menangis ja ana ni..tapi nak buat macammana..ana dah tak larat menangis tapi kesudahannya ana perlu menangis jugak..herm..

ana masih ingat waktu tu bulan ramadhan..ayah buat macam-macam permintaan kat ana..

“ dekwa..ayah teringin nak makn buah tin..zaitun..kismis….haa..kalau ada ayaq zam-zam lagi ayah suka..pastu dekwa tolong  masak sup daging kat ayah..potong daging nipis-nipis..ayah nak makan..teringin dah sangat-sangat..”….

“insyaAllah ayah…esok dekwa p cari kat ayah na..t dekwa masak sup daging ngan kakak..dekwa tak pandai masak sup daging yang sedap macam kakak masakk..ayah sabaq sat tau..malam dah ni..la ni..ayah makan buah dulu na..meh dekwa suap..”

“ok-okey..macam ni la anak ayah..ni tolong p basuh sat..tadi makan bubuq..tak dan nak basuh pulak..ayah menghulurkan gigi palsunya..ana sambut gigi palsu tu..eh!dekwa pegang ngan tisu ka?awat kotor sangat ka gigi ayah…amboi..amboi…”(nada menyindir)….

“Minta Maaf ayah…ana buang tisu dan terus basuh gigi palsu tu dengan tangan ana..nah..ayah pakai balik gigi na na..dekwa dah basuh dah…”

“Ok la dekwa…ayah dah mengantuk dah nie…Allah Akbar…herm..p la jaga mak pulak..ayah mengantuk sangat…nak nak tidoq…jangan lupa pesan ayah na..sup daging..teringin sangat nie….”

Masih terngiang segar perbualan terakhir ana dengan ayah..perbualan itu adalah permintaan yang ana tak sempat tunaikan..ana kesal..sebab ayah tak sempat nak makan sup daging dan beberapa lagi permintaan terakhir..

Ana juga sedih sebab ana betul betul tak sangka ayah akan pergi sebab ana belum sempat membalas jasanya..namun..ketentuan Allah tak mampu ana lawan..semoga Roh ayahanda Ahmad Bin Hussien dicucuri Rahmad..ujian bagi ana menanggung semua ini..namun..Allah tahu ana mampu menghadapinya..jadi Allah ambil ayah ana..sebab..Allah tak akan menguji hambanya sekiranya hambaNya tidak mampu untuk menghadapinya..kini ana semakin dapat menerima takdir..berpusu-pusu ucapan takziah..daripada sahabat-sahabat seperjuangan..semangat daripada pensyarah pensyarah..menjadikan hidup ini lebih tabah..walau ayah sudah pergi,,ayah membawa bekalan ilmu yang bermanfaat..harta yang selalu ayah infakkan di Jalan Allah..dan doa dari anak anak yang soleh..ana sentiasa mencari hikmah yang tersembunyi..pasti ketetapan Allah kena pada saatnya..ana pujuk hati..sekurang-kurangnya ana masih ada mak yang perlu ana jaga..ayah tinggalkan pesan agar menjaga mak sebaiknya..oleh kerana mak diserang STROK maka perlulah jagaan yang first class  dari anak-anaknya..aku berazam..aku akan jaga mak sedaya upaya ku..



Selepas ayah tiada mak tinggal bersama kakak..selalu sahaja mak dimasukkan ke hospital selayang..pernah mak koma di CCU, doctor mengandaikan hayat mak hanya 50% untuk hidup..tiup sudah dimasukkan ke saluran penafasan..jelas terbayang derita mak menghadapi kesakitan..ana sudah seperti orang tidak keruan

Sebenarnya sewaktu ana menjaga mak di hospital adalah merupakan musim peperiksaan..secara jujurnya ana tak mampu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap exam…namun kuasa Allah mengatasi segalanya..ana mendapat keputusan peperiksaan yang agak baik..syukur Alhamdulillah..berkat menjaga seorang ibu yang banyak bekorban..

 “ mak nak balik kampong…mak nak tengok kucing mak…tolongla bawa mak balik kampong..” sayu suara mak..tak sanggup aku kecewakan mak lagi..seleppas berbincang dengan doctor..abang-abang dan kakak kakak…akhirnya mak di bawa pulang ..walimah abang ana juga turut dilangsungkan sementara ramai sanak saudara di kampong..mak nampak ceria dan semakin sihat..syukur alhamdulillah..
 

seminggu berlalu... Allah..luka mak semakin dalam..hampir menampakkan tulang..ana cuci luka mak dengan penuh kasih sayang..walau bukan ana yang sakit tapi ana rasakan luka tu terlalu pedih..terlalu dalam..Ya Allah..mak menahan kesakitan tanpa sedikit keluhan..terbayang ketenangan walau nampak manik manik air mata suci berguguran setitis demi setitis..kalimah syahadah sentiasa ana bisikkan ketelinga mak..ana juga bacakan yassin sebagai penawar ketenangan..almaklumla..syaitan sentiasa mendekat insan yang lemah..zikrullah dan syahadah sentiasa meniti di bibir..

….rumahku kembali sepi..hanya tinggal abang dan kakak ipar..hati ana meruntun sedih melihat mak yang nampak kesepian setelah seminggu suasana  riuh dengan kehadiran pengantin baru dalam rumah ana..saat ini juga ana rasa pening dengan situisi yang ana hadapi..antara peperiksaan dan tanggungjawab ana menjaga mak..malam tu..seingat ana..mak menjerit kesakitan mungkin kerana lukanya..ana dekatkan diri dengan mak dan tenangkan hatinya…
“mak…sabaq..mak sakit ya…mak ingat Allah banyak banyak na…dekwa sayang mak…mak tido na…”

saat tu jam sudah menghampiri pukul 3 pagi…akhirnya..mak terlena jua dalam kesakitan..ana bancuhkan susu untuk mak..mak hanya mampu minum susu dalam tiup yang ada di hidungnya..seterusnya ana masukkan ubat tahan sakit..hanya itu ana mampu lakukan..berbekalkan doa yang tak penah putus…sedih ana melihat mak..ana usap kepala mak..jelas uban mak ..tiba tiba..mulut ana mengumandangkan sebuah lagu…

   kau semakin dewasa…berjiwa merdeka..sedang mereka semakin tua…membilang usia…disaat kau berjaya…dia tiada terdaya…semoga kau tak lupa….jasa bonda…..”

..ish2…napa ana jiwang pulak malam malam nie…herm……..ana duduk dekat dengan mak…perhati muka mak puas puas..lusa ana sudah perlu memulakan pengajian….

“Dekwa tak nak balik UKM..dekwa nak jaga mak ..dah buat surat kat pensyarah..!ana bertegas tak mahu pulang ke Universiti.. mak memerlukan ana..takpa..abang dan kakak ada kat mak kan..jangan la risau..mak pun nampak makin sihat..lagipun dekwa ada exam kan..ayah ada pesan suruh belajar besungguh sungguh kan..ingat tak? membuatkan ana terpaksa menuruti kehendak abang....walau hati sangat sangat berat untuk meninggalkan mak..ana turuti dan ana bertekad akan kembali ke Perlis usai tamat peperiksaan..

Pagi itu lemah longlai ana berjabat salam dengan mak..ana peluk ana cium mak semahu mahunya..air mata membanjiri saat kaki melangkah dari pintu rumah tak mampu kering air mata..saat tadi masih terasa genggaman tangan mak seolah olah tak mau berpisah..tak mau lepaskan tangan ana..mak..Dekwa minta ampun na..Dekwa sayang sangat sangat mak..doakan Dekwa mak..mak hanya memandang seolah ingin memberitahu sesuatu namun lafaz itu hanya tersimpan dalam hatinya..hanya Allah yang tahu..perpisahan yang ana tak pinta terjadi..

Ana selamat sampai ke UKM hamper pukul 3 pagi..kepenatan masih terasa..exam fiq sirah mujurla pukul 12 esok..tawakal je la..ana tak tau apa yang ana nak jawab..memang tak sempat nak study..sempat berehat sebentar..ana tidor dan sampai kealam mimpi..mimpi bertemu mak dan ayah…

Pagi esok ana telefon kakak..hati ana tak sedap..rupa-rupanya dugaan maha besar  menimpa ana sekali lagi..Ya Allah..ana tak mampu berkata kata..saat itu ana keseorangan..handphone terlepas dari gengaman..meletus tangisan umpama diri dirasuk Histeria..ana hilang punca..hanya mampu memanggil mak….ana harap dengan sangat agar ini hanya sekadar mimpi..namun ana sedar..mak sudah meninggalkan ana.mak sudah kembali ke Rahmatullah pukul 9.05 minit pagi...kau pergi jua..ana menangis puas puas..saat itu ana terus teringat erti genggaman dan pandangan terakhir mak..andai ana tahu…Ya Allah..ampunkan dosa hambaMu..meratap dan bersedih keterlaluan..bukan aku tak mahu menerima hakikat..namun suratan takdir terasa seperti berat untuk kutanggung..Ya Allah..Kuatkan aku..Tabahkan aku..air mata terasa kering..dada rasa berombak..rasa iman semakin lemah..mahu sahaja ana turuti langkah mak..namun itu kerja orang tak beriman..ana telefon seorang senior..waktu tu kelas Dakwah kepada Non Muslim..senior tu bergegas datang pada ana..Hanya Allah yang tahu persaan ana saat tu….

………………………………………………………………………………………………..


Alhamdulillah…mak selamat dikebumikan bersebelahan pusara ayah..masih merah kuburan ayah..mak pula pergi menyahut seruan ilahi…Ya Allah…berikan hamba ketabahan..dalam sisa hidup yang masih berbaki…Ampunkan segala dosa Kedua Ibu bapaku…mereka telah banyak menanggung kesakitan..hapuskan segala dosa mereka..
Tinggal ana duduk berteleku..baru semalam ana tinggalkan mak..tak sampai beberapa jam ana pulang kembali berjumpa mak..namun hanya mampu cium jenazahnya…


“ aku mengunjungi..pusara bonda…
Sunyi sepi disirami suria..wangi berseri..puspa kemboja..menyambut kami..mewakili bonda….
Damailah bomda..dalam pengabdian…insan kerdil menghadap tuhan…”


Kini…bonda tiada lagi..apa yang ada…hanyalah secebis kenangan..bersama seribu penyesalan..kerana belum sempat..ku menabur budi….kau pergi mengadap ilahi…
Oh bonda ampunila segala..dosa anak mu ini…tidak sengaja aku..mengasari mu…bukan jua ingin ku..sakiti hatimu..apakan daya..diri ini tak terdaya..menahan  gelora membara..akhirnya..kutersikssa sendiri..
Bonda…andai ku punya waktu ingin abadikan rinduku terhadapmu..kerana kasih yang kau curahkan..dengan curahan budi yang kau sirami…


Inilah antara sekelumit kisah hidup anaa..tidak ana niat untuk mengejar popularity..jauh sekali bukan untuk meninggi diri ..bukan juga untuk menagih simpati…tidak juga untuk mengejar undi majaroti..namun..jadikan sebagai iktibar buat mereka yang masih mempunyai ibu bapa..hargailah mereka lafazkan sayang jangan biarkan kalimah rahsia itu hanya sekadar simpanan di hati…luahkan agar kedua mereka dapat rasai kebahagian..ana juga sedih melihat masyarakat sekarang..kehidupan senang lenang namun kebajikan ibu bapa diabaikan..ada berita ayah ditendang anak sendiri..ada terjadi anak tinggalkan ibu bapa di tepi jalan…yang hanta mak bapak di rumah kebajikan masyarakat usah cakapla..terlalu banyak…ana menyeru buat insan yang punyai ibu bapa…hargaila pengorbanan mereka..walau apa kesalahan yang mereka lakukan mereka tetap ibu dan bapa..usah diluka perasaan mereka..luangkan sekadar 5 minute untuk telefon mereka..tak kan kita terlalu berjimat dan hanya nak selamatkan kredit..sedangkan dengan teman istimewa mampu habiskan masa berbual panjang…renung renungkanlah…pesanan ini hanya la dari ana…insan yang hina di sisi Allah…namun biarla .. asal ana mampu memberi sesuatu pengajaran ..jesteru itu….andai kita mahu ketenangan..kejarla keredhoan Allah…dan keredhoan Allah adalah keredhoan ibu dan ayah…moga ana juga tergolong dalam golongan hamba yang bertaubat dan membaiki diri…amin…….

Buat pengunjung blog yang setia membaca kisah hidup ana..jazakallah khairan jazak..doakan agar ana tabah..hadiahkanlah pahala bacaan yaassin buat ibu bapa ana…juga buat insan yang kehilangan orang tersayang ingatla..kita juga akan kesana..seingat ana..ramai juga sahabat sahabat sepengajian ana Jabatan Dakwah dan Kepimpinan yang kehilangan ibu dan ayah…semoga mereka tabah dan dapat menerima ketentuan Allah.. syukur tak terhingga atas kekuatan perasaan menghadapi ujian…Alhamdulillah..syukur juga ana dianugerahkan sahabat sahabat yang sentiasa bersama ana saat susah ana..tak henti henti nasihat yang mereka berikan pada ana..tak kurang juga buat persatuan PMFPI, ISIUKM, JAkMA yang mengadakan kutipan derma kilat untuk ana..terharu sangat..duit tu ana gunakan sebaiknya..alhamdulillah..terima kasih buat semua…terlalu ramai lagi yang memberi ana sokongan..semoga Allah menganjari mereka yang membantu ana..amin.. ingatla muslimin muslimat sekalian..setiap dari kita pasti akan menempuh ujian dari Allah SWT..Cuma ujian berbeza beza..mungkin ana diuji cara begini..anda juga diuji..tabahlah menghadapi ujiann,,kerana disebaliknya pasti terkandung hikmah yang tersembunyi…..
















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

chat