Bila Memandang Bintang DiLangit, Usah Dilupa Rumput di Bumi

Salam Pictures, Images and Photos
RSS

BERTUNANG DENGAN.....

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

..........................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
******************
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

sumber...Al-Husna Ghazali on Sunday, 25 April 2010 at 13:25
Bottom of Form

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ziarah Ke Hospital Penang

Alhamdulillah....pada 11 mac lalu aku berpeluang berjumpa kak aini..pertemuan yang dah lama diimpikan...Alhamdulillah dengan izinNya Allah pertemukan juga dengan k,Aini..sudah 3 bulan lebih kak aini terlantar di hospital...semoga kakak ku cepat sembuh...Amin..

tersenyum ceria kak aini bila kami tiba..


wajah yang sentiasa ceria..kak aini insan tabah..

suami kak aini yang setia menemani disisi..

siti Noraini telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang , doktor mengesahkan beliau mengidap kanser darah, marilah bersama sama kita mendoakan kesembuhan buat dirinya..semoga dirinya terus tabah menghadapi setiap dugaan..Amin ya RAbb...

Syukur Pada Allah atas pertemuan ringkas tapi bermakna..terima kasih kepada Unit Kebajikan UKM kerana sudi membawa saya menziarahi dan melihat sendiri keadaan kak Aini...

kata kata kak aini padaku..
" kak rasa bersemangat sangat mas mai...rasa nak cepat cepat sembuh nak sambung belajar...tima kasih mas..tima kasih semua..kirim salam Pada sesiapa yang mengenali diri.."

terharu aku dengan kata kata itu..kau Insan Tabah..kau mengajarku erti kesabaran...sabarlah kakak yang aku sayangi..pasti ada ganjaran atas kesabaranmu..Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

solad dan gangguan..

MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda, “Menguap ketika solat itu dari syaitan. Oleh itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin”. (HR Thabrani).

 BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin menganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan” (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengulas kenyataan Ibnu Mas’ud, “Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara”.

  TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya”. (HR Muslim)

Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut…..Aminnn

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FREE MUSIC CODE

FREE MUSIC CODE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BaiTi JaNNati..Anak Anak CerMinaN DIri...




 

anak anak adalah permata ayahbonda ....didiklah mereka..ajaran agama..kelak bila dewasa..jadi insan berguna..

kata orang..kita tak dapat rasa bagaimana susahnya nak mendidik seorang anak jika kita sendiri belum menjadi seorang mama atau ayah..tapi bagiku semua tu bukan masalah..dan tiada salahnya aku yang masih solo ni untuk membicarakan hal nie..sebab aku sendiri masih ada anak-anak saudara, kadang kadang adik-adik sahabatku..aku selalu jerk perhati keletah dan kerenah mereka..macam macam ragam...insyaAllah suatu hari nanti bakal zuriat ku jua akal hadir dan semoga menjadi generasi soleh solehah...amin...

 sepeninggalan ayahanda tercinta masih segar diingatanku kata katanya…. Anak ayah adalah cerminan diri ayah dan mak…….. alhamdulillah...aku bersyukur dapat jadi anak mak dan ayah..walau mereka tak ajar aku hidup dalam kemewahan aku selesa dengan motivasi yang selalu mak ayah berikan..walau aku sekadar sempat bersama mereka selama 21 tahun lebih..aku hargai saat yang Allah anugerahkan tu..sungguh..pengorbanan mereka tetap kekal dalam sanubari..tetap aku ingati dunia akhirat..pernah suatu hari..rasa rasa baru darjah 3..ayah bawak aku keluar jalan-jalan..seronoknya..ayah just beritahu nak bawak aku ke suatu tempat..aku hanya membontot ayah..tiba2 ayah berhenti kat sebuah rumah yang baru kelmarin terbakar..ayah sengaja biarkan aku meninjau ninjau lokasi..ayah ceta kat aku rumah tu terbakar sebab Allah izinkan dia terbakar..tapi sebabnya litar pintas..anak anak tuan rumah tersebut selalu buat pembaziran elektrik,tak tutup suis..kalau adik nak rumah kita terbakar macam ni adik pun kena membazir elektrikla ye kan...sejak tu aku betekad..aku nak jadi orang berhemat..jimat tenaga elektrik..alhamdulillah..hasil psykologi yang ayah gunakan...ayah memang penyabar orangnya..susah nak tengok ayah marah..dan mungkin sifat tu sedikit sebanyak turun pada diriku..mungkin aku seorang yang tak pandai nak marah orang..herm..x tau la bagaimana orang pikir tentang diriku..wallahu'a'lam...

apa yang aku perhatikan....anak anak saudaraku umur dalam lingkungan umur 2-7 tahun agak lasak.. tapi kecik kecik dulu aku rasa aku pun lasak gak sebab nenek ceta aku pernah jatuh dari tingkap rumah kampung 2 tingkat..bawah batu atas papan...mujurlah x terjadi apa2 kat aku..alhamdulillah..Allah masih nak aku teruskan hidup...nak dijadikan cerita anak ank saudaraku ni memang suka mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. ( jenuh maksunya...)

tapi berdasarkan pembacaanku..baru aku tahu..kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara orang yang memanggil mereka.. Sebaliknya perhatian  hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. dunia khayalan..ha...ha..ha..
budak budak nie sebenarnya .. baru jerk belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak...Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi.  kasihan....aku dulu rasa rasa macam tu juga ke ekk..

sebenarnya apa yang budak budak kecik nak ehh...emm..jom baca sebentar...

macam kita jugala... Kanak-kanak pun perlu  belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. kalau ayah pun jarang nak jumpa anak, mestilah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan dulu apa yang kita sedang lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
andaikata sekiranya anak perlukan sesuatu dan  tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan... Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya kita sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan kita sekiranya pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula..





Sentiasalah ingatkan diri  dengan sifat positif anak... Keletah dan karenah anak yang menghiburkan...Tumpukan perhatian terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang yang diinginkan setiap kali berinteraksi dengan anak. Boleh juga berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan  kepadanya. Misalnya ‘mama sayang kakak, mama mahu kakak jd anak yang solehah’. Sebutkan perkara spesifik yang mak ayah mahukan. Jangan hanya menyebut ‘mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif je....

 emm...juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga kita lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya.

Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

YA Allah..kurniakan aku pasangan yang soleh..zuriat yang soleh solehah...Allahumma perkenankanlah...

apa apapun..aku sedar..nak yang soleh haruslah perbaiki diri untuk jadi solehah..semoga aku tidak tersilap untuk memilih..biarpun persoalan jodoh sedang hangat diperkatakan tambahan lagi sudah masuk tahun tiga, aku masih lagi begini..harapanku sudilah kalian mendoakan agar dipertemukan jodoh yang soleh..andai bukan di dunia..biarlah di syurga..amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nasihat Maksu...




wahai Adik adik remaja.....

rAsa maCam nak Nyanyikan sebuah Lagu Untuk Adik2....

tapi suara x semerdu mana....

Adik2 nyannyilah sendiri n hayati bait2 lagu ni yer....

maksu suka juga la lagu nie...

berhibur tiada salahnya....

kerana hiburan itu indah...
tapi...

yang salah tu....

bila kita salah memilihnya....

tapi pastikan....utamakan membaca AlQuran dulu.....sebab...kalam Allah tu terkandung segala apa yang nak kita cari......
 
ada masalah...crila penyelesaian dalam Aq...

bila kita sedih....alquran penawarnya.....

bila kita penin kepala sekali sekali semak Aq..insyaAllah dapat lah jawapan yang kita cari....

jangan lupoo...

kalu tajwid yang masih tak betul..sama2 cari tok guru...kalu belajo Alquran sorang2...adik adik tahu tak..lebey kurang macam beguru ngan syaitan la...yer la..xder sapa nak teguq...

ala...maksu pun belajo jugok....

kita sama sama tak pandai...

jangan malu Nak BeLajo...

Belajo...selagi hidup nie...

nanti Mati Senang sikit Kita...

 nak menjawap Soalan2 malaikat...

herm.....

setakat ni la maksu berceloteh....

post ni diwujudkan agar kita sama2 bermuhasabah....

biar sapa pun kita...

jangan sesekali sombong...

semua tak kekal lama...

sayangilah Diri Sendiri..

kerana Allah pencipta Kita...

BEtapa Allah menyayangi kita...

dah Buat SiLap Masih Lagi Allah Bagi peluang Bertaubat....

okey.....Jaga Diri BAik Baik...Sayang MAksu KeraNa Allah...sebab kita saudara seFikRah.....


 Jom Nyanyi Sama2....

Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja


Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Lupakan saja asmara
Pada asmara...



Lupakan saja asmara
Pada asmara...

Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja

sekian....

makacih2...

sedap adik2 nyanyii....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

UlaNgKaJi SubJek Kaunseling Islam...

Assalamualaikum...

wahai kawan kawan...

hari nie..ana rasa bersemangat nak mengulangkaji subjek kaunseling islam..kali nie...ana nak mengajak kawan kawan semua membaca apa yang telah ana dah baca...sebenarnya..ana berminat sangat subjek nie..teringin sangat nak wat praktikal sekali...kalu just teori je macam x best...kalu sekali wat sesi kaunseling memang best! mantop...
.....

Jom kita baca sama sama..!!




Al-Ghazali memperkenalkan model kaunseling seperti berikut;
macam nie....



1.   Langkah 1: Pengenalan dengan beri salam, membaca al-Fatihah dan taqarub.


2.   Langkah 2: Bina hubungan dengan berdoa, berjanji dan bertawakkal, bincang konsep-konsep Islam (matlamat hidup, kewajipan, hukum perlakuan, halal haram, musibah, sabar dan syukur) serta sifat-sifat Allah dan sunnah rasul mengikut keperluan dan kesesuaian kes.


3.   Langkah 3: (meneroka diri dan masalah) Mengenal Diri dan Bina Matlamat Hidup dengan meneroka kriteria diri klien yang membawa kepada masalah berdasarkan pemerhatian, percakapan dan soalan andaian. Membimbing klien membuat muhasabah diri dalam melaksanakan syariat. Klien akan menyedari kelalaian dan kekurangan yang ada pada dirinya.


4.   Langkah 4: (mengenal pasti punca dan jenis masalah) Punca dan Jenis masalah, gabungkan langkah 2 dan 3 jadi asas meneroka punca dan jenis masalah.


Kaunselor dan klien mencapai kefahaman yang sama mengenai diri dan permasalahan klien. Rumuskan masalah dengan kefahaman Islam dan penghayatan/amalan syariat.


5.   langkah 5: (memberi ubat yang sesuai dengan penyakit) Punca dan Jenis Masalah dengan menjelaskan caraq membaiki diri dengan; mempelajari ilmu Islam, meningkatkan amalan, bertaubat, berzikir, berdoa, menjaga pergaulan, menjauhi maksiat, menjaga makan minum, menjaga pandangan, menjaga pertuturan dan menjaga diri daripada penyakit hati seperti; sombong, riyak, ujub, dak takabur.


6.   Langkah 6: Penilaian Kefahaman/Pelaksanaan dengan melihat perubahan klien melalui air muka, gerak geri dan pertuturan dari aspek peningkatan akidah, memahami diri sendiri, reda dengan musibah, keyakinan diri yang tinggi, melaksanakan tuntutan agama dan takwa dan tawakkal.
Sumber: Teori Kaunseling Al-Ghazali.



Bimbingan dan kaunseling Islam ialah proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka antara seorang kaunselor telatih dengan seorang klien. Semasa proses kaunseling dijalankan, teknik-teknik dan kaedah-kaedah teknikal dan profesional digunakan untuk menolong klien menyelesaikan masalahnya dan menghadapi masalah-masalah itu dengan kaedah-kaedah yang boleh membantu klien memahami dirinya, memahami minat dan kebolehan yang ada pada dirinya serta menggalakkannya untuk menerima takdir yang diberi oleh Allah SWT kepadanya. Kaedah ini melatih klien membuat keputusan-keputusan berpandukan berpandukan kepada syariat Allah sehingga ia menginginkan yang halal dan meninggalkan yang haram. Ia juga membawa diri klien kepada tujuan-tujuan realistik yang halal dan mampu serta berguna bagi dirinya serta orang lain sehingga ia mendapati aktualisasi dirinya dalam mengerjakan apa yang diredai oleh Allah SWT, sehingga dapat menikmati kebahgiaan nhidup di dunia dan akhirat.

Bimbingan dan kaunseling Islam, tidak bermakna kaunseling agama sahaja, tetapi merangkumi kaunseling agama dan keduniaan, sebab konsep ibadat dalam Islam mengandungi aktiviti-akviti manusia dalam segala aspek kehidupan. Menuntut ilmu sangat digalakkan, bekerja itu ibadat dan berkahwin itu wajib bagi yang berkemampuan. Memiliki harta benda yang banyak seperti kilang, rumah mewah dan perniagaan dibenarkan selagi ia diusahakan dengan cara yang halal. Bermain, berkelah, berpesta dan kunjung mengunjungi juga digalakkan selagi melepasi batas-batas syariat yang dibenarkan oleh Allah SWT.

Tujuan kaunseling Islam ialah untuk menolong, menyuluh dan menggalakkan manusia membuat keputusan dan membimbing kehidupannya bagi mengerjakan yang bermanfaat di akhirat dengan tidak melupakan bahagiannya di dunia sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qashash ayat 77 yang bermaksud;

"Carilah hari akhirat pada pemberian yang diberikan Allah padamu, jangan kamu melupakan bahagianmu di dunia. Berbuat baiklah, sebagaimana Allah berbuat baik bagimu dan jangan engkau mencari kerosakan di bumi, sebab Allah tidak suka orang yang berbuat kerosakan"





Alhamdulillah.....

kita dah sama sama habis membaca...seronok dan happy kan...

selamat mengulang kaji kawan kawan...insyaAllah Bi Taufik wan najah...

InsyaAllah...lain kali kita akan mengulang kaji subjek subjek lain pula yer...

ha!!...bg yang belum habis ass..habis2kan...ana pun ada lagi yang tak habis sebenaqnya...hermm...semoga bole membaiki diri agar tak lagi menangguh kerja last last minute....

Dah nak dekat exam....

semoga dapat menjawab dengan Tenang....

INsyaAllah....

Amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

chat